Walaupun kita pernah bersua hanya buat seketika namun tazkirah yang engkau sampaikan dulu tetap tersemat erat didalam dada aku wahai Allahyarham Prof.Tamyez Bajuri. Hari ini engkau telah pergi buat selama-lamanya. Aku harap engkau akan ditempatkan bersama golongan-golongan mukmin.
Artikel ini aku patut tulis pada suatu tarikh yang paling diingati oleh semua orang iaitu hari ibu sedunia. Hari ibu di sambut dengan tujuan memperingati jasa-jasa semua kaum ibu di dunia ini. Bagi aku tarikh tersebut bukanlah suatu tarikh yang patut aku ingat setiap tahun, kerana pada aku setiap hari itu adalah hari ibu. Ibu yang telah melahirkan dan membesarkan aku. Tapi bila melihat kepada tajuk aritkel ini yang bertajuk "Kisah Seorang Arkitek", sudah tentunya ia tidak ada kaitan langsung dengan kerjaya arkitek dan ibu aku yang pada hakikatnya seorang guru. Tujuannya aku meletakkan tajuk seperti di atas adalah kerana bagi aku beliau merupakan seorang arkitek yang telah merekabentuk keperibadian dan sahsiah aku.
Artkitek ini telah bersusah payah merekabentuk peribadi aku selama 24 tahun. Sepanjang proses merekabentuk itu dia telah menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan. Namun artkitek tetap teguh dengan rekabentuknya ini. Walaupun hasilnya tidak seperti yang diinginkannya, namua ia tetap berbangga dengan hasil rekabentuknya. Meskipun begitu beliau sentiasa memperhalusi hasil rekaannya ini dari masa ke semasa. Beliau tidak pernah mengenal erti jemu. Aku rasa sangat bertuah kerana telah direkabentuk oleh seorang artkitek yang sengat hebat ini.
Kini umur artkitek telah pun menjangkau separuh daripada abadnya, sudah tiba masanya untuk hasil rekabentuk artkitek memberikan manfaat kepada beliau. Hasil rekaannya ini telah mencapai usia matang untuk memberikan sumbang kepada artkitek.
Aku adalah seorang pelajar dalam sarjana muda bidang bukan kritikal. Bidang bukan kritikal yang aku maksudkan ialah bidang yang tiada harapan untuk menjawat jawatan didalam sektor awam. Pelajar dalam bidang-bidang bukan kritikal ini selalunya tidak diberikan insentif yang berbentuk wang ringgit ketika dalam tempoh pengajian. Ramai yang memandang enteng pelajar-pelajar dalam bidang ini, kononnya graduan dari bidang ini adalah golongan yang tidak mempunyai masa depan dan sukar untuk memperolehi pekerjaan. Mungkin masyarakat secara umumnya menilai mereka ini dari segi kekurangan harta material yang dimiliki oleh graduan-graduan dalam bidang ini. Itu hak masyarakat untuk menilai sesuatu itu atas neraca timbangan material andai itu pilihan mereka. Aku tidak pernah menyesal memilih jurusan ini sebagai pilihan untuk jurusan sarjana muda aku. Malah aku bersyukur kerana memilih bidang ini sebagai jurusan pilihan aku. Banyak yang aku ketemui ketika belajar dalam bidang ini dan penemuan aku yang paling penting ialah pertemuan aku dengan sang pencipta iaitu Allah S.W.T.
Mungkin agak janggal kalau hendak diperkatakan tentang kaitan bidang yang aku belajar ini dengan konsep teologi atau ketuhanan. Tapi yang pasti aku sudah ketemui sang pencipta ketika aku belajar didalam bidang ini. Mungkin ini sudah ditakdir dalam ketentuan hidup aku untuk bertemuNya didalam suatu ruang yang mungkin pada pendapat umum ianya sebuah ruang yang tidak terdapat nilai-nilai ketuhanan didalamnya.Tetapi pendapat itu ternyata meleset kerana aku sendiri telah pun menemui sang pencipta iaitu Allah S.W.T yang telah mencipta dan menghidupkan aku. Aku bersyukur kerana telah dipertemukan denganNya. Mungkin ramai yang bersyukur dapat belajar dan bekerja didalam bidang-bidang yang kritikal seperti perubatan,perakaunan kejuruteraan dan lain-lain lagi. Dan mereka sudahpun memperolehi pulangannya dengan memiliki kereta,rumah,wang dan mungkin sebuah keluaga.
Mungkin aku agak sukar untuk memperoleh semua ini ketika sudah bekerja nanti, tetapi aku akan tetap berusaha untuk memperolehinya sekadar yang telah ditetapkan oleh qada' dan qadar. Aku mungkin tidak akan dapat sebuah kehidupan yang mewah dan kaya. Aku berharap agar dapat terus hidup dengan mensyukuri nikmat yang telah dikurniakanNya. Bagi aku hidup dengan keredhaanNya merupakan sebuah kehidupan yang amat bermakna sekali. Jesteru aku tidak akan rasa kesal kerana aku memilih untuk menjadi seorang graduan bidang bukan kritkal. Sekian