Thursday, June 9, 2011

Kisah Seorang Arkitek


Artikel ini aku patut tulis pada suatu tarikh yang paling diingati oleh semua orang iaitu hari ibu sedunia. Hari ibu di sambut dengan tujuan memperingati jasa-jasa semua kaum ibu di dunia ini. Bagi aku tarikh tersebut bukanlah suatu tarikh yang patut aku ingat setiap tahun, kerana pada aku setiap hari itu adalah hari ibu. Ibu yang telah melahirkan dan membesarkan aku. Tapi bila melihat kepada tajuk aritkel ini yang bertajuk "Kisah Seorang Arkitek", sudah tentunya ia tidak ada kaitan langsung dengan kerjaya arkitek dan ibu aku yang pada hakikatnya seorang guru. Tujuannya aku meletakkan tajuk seperti di atas adalah kerana bagi aku beliau merupakan seorang arkitek yang telah merekabentuk keperibadian dan sahsiah aku.

Artkitek ini telah bersusah payah merekabentuk peribadi aku selama 24 tahun. Sepanjang proses merekabentuk itu dia telah menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan. Namun artkitek tetap teguh dengan rekabentuknya ini. Walaupun hasilnya tidak seperti yang diinginkannya, namua ia tetap berbangga dengan hasil rekabentuknya. Meskipun begitu beliau sentiasa memperhalusi hasil rekaannya ini dari masa ke semasa. Beliau tidak pernah mengenal erti jemu. Aku rasa sangat bertuah kerana telah direkabentuk oleh seorang artkitek yang sengat hebat ini.

Kini umur artkitek telah pun menjangkau separuh daripada abadnya, sudah tiba masanya untuk hasil rekabentuk artkitek memberikan manfaat kepada beliau. Hasil rekaannya ini telah mencapai usia matang untuk memberikan sumbang kepada artkitek.


anak seorang arkitek
choretan manushia




2 comments:

Penulis said...
This comment has been removed by the author.
choretan manushia said...

haha..btul tuh..ibu nie mmg versatile..smua dia mampu dan boleh buat..marilah kita terus-menerus menyayangi ibu kita sampai keakhirnya..amin