Friday, February 11, 2011

Kunci Hikmat

kunci merupakan sebuah alat untuk membuka sesuatu. sebagai contohnya kunci dapat membuka tombol pintu, pedai ayam (mangga), peti besi dan lain-lain lagi. tetapi bila kunci yang terdapat hikmat didalamnya pasti ia sesuatu yang berbeza kerana kunci itu sudah ditambah nilai daripada aspek kegunaannya, fungsinya dan jenis bukaanya.

pada penghujung tahun 2008 aku telah dipanggil untuk temuduga kemasukan sebuah IPT terkenal. ketika tahun 2005 aku telah dipanggil untuk temuduga yang sama tetapi aku gagal dalam temuduga tersebut. aku tak berputus asa dan meneruskan pengajian aku di sebuah IPT aliran teknikal yang terletak dihujung benua asia. setelah selesai pengajian disana aku memohon semula ke IPT terkenal itu dan akhirnya dipanggil untuk temuduga buat kali kedua. kali ini aku berharap untuk berjaya melayakan diri mengikuti kursus pengajian yang ditawarkan. ketika di temuduga aku telah ditanya oleh seorang penemuduga ;

penemuduga : if i going to give you a chance study in this course, will you maintain your CGPA at least 3.50 and above?
aku : insyallah. i will try my best, sir
penemuduga : you will embarrassed your former lecturers if you cannot maintain your CGPA

syukur alhamdullilah aku diterima masuk untuk mengikuti pengajian di IPT terkenal itu dalam bidang yang ditawarkan. setelah beberapa minggu kelas bermula, semua pelajar jabatan aku dikehendaki untuk hadir ke sebuah perjumpaan diantara pensyarah dan pelajar jabatan. inimerupakan sesi perkenalan diantara pensyarah dan pelajar. ketika didalam perjumpaan itu semua pensyarah memperkenal diri seorang demi seorang. akhirnya sampai kepada giliran pensyarah yang menemuduga aku dahulu. namanya Prof.Madya.Dr Mohamad Hariri B Abdullah beliau merupakan ketua program dan telah dilantik sebagai timbalan dekan fakulti aku. dalam ucapannya beliau mengeluarkan ungkapan yang sangat mengagumkan aku sampai hari ini. ungkapan aku berbunyi ;

Tumbuh berpunca
Punca Penuh Rahsia
Tumbuh tidak menujah lawan
Memanjat tidak memaut kawan
Tetapi melingkar penuh mesra

ia merupakan kata-kata terindah yang pernah aku dengar. sememangnya aku adalah seorang yang malas membaca buku. lebih-lebih lagi buku-buku yang bersifat ilmiah. disaat prof.hariri mengeluarkan ungkapan ini aku terpaku dengan keindahan bahasanya dan membuat aku tertanya-tanya tentang maksud disebalik ungkapan ini. seorang lagi pensyarah yang mengutarakan ungkapan yang sama ialah Prof.Madya Mohamad Khalil Amran. beliau merupakan pensyarah aku untuk subjek sejarah seni lukis dan seni reka. menurut beliau ini merupakan falsafah motif ukiran kerawang melayu.

mereka berdua yang menjadi pemangkin untuk aku memulakan eksplorasi kedalam dunia melayu untuk mencari dari mana sebenarnya datang ungkapan tersebut dan apakah maksudnya. setelah lima semester berlalu akhirnya aku telah menjumpai buku yang menulis tentang falsafah itu dengan disertakan huraianya. keindahan falsafah ini bukan setakat pada bahasanya sahaja tetapi pada maknanya juga. kerana ia menerangkan budi masyarakat melayu yang menghasilkan kerawang turut mempengaruhi hasil kerja meraka

bagi aku mereka umpama kunci hikmat yang membuka tombol-tombol pintu di sebuah gedung ilmu yang aku miliki hari ini. tanpa mereka mungkin aku akan hilang dalam kesesatan diri aku sendiri. mereka menunjukan kepada aku dunia ini bukan berorientasikan materi semata-mata. dunia ini perlukan kita untuk kembali mengenal pencipta kita iaitu Allah S.W.T agar kita mampu untuk menghargai keindahannya dan mensyukurinya. aku amat berterima kasih kepada mereka dan pensyarah lain yang banyak mendidik aku untuk menjadi hamba Allah.

sekian
choretan manushia

Tuesday, February 8, 2011

Casual Relationship



belum ditonton

tulisan pendek kali ini berkisar tentang casual relationship @ hubungan tanpa komitmen. dua poster filem diatas ada hubung kait dengan penulisan aku kali. aku sudah menonton filem 500 Days Of Summer dan belum lagi menonton No Strings Attached. sebenarnya aku bukan hendak menulis ulasan tentang kedua-dua filem ini, tetapi aku lebih berminat untuk menyentuh tentang isu yang cuba diketengahkan oleh penulis skrip kedua-dua filem ini. mesej yang cuba disampaikan dari kedua-dua filem ini ialah casual relationship : adakah suatu realiti atau fantasi?. sebelum itu biar aku terangkan apakah itu casual relationship. casual relationship merupakan perhubungan diantara dua manusia yang inginkan hubungan intim tanpa sebarang komitmen daripada satu sama lain. situasi ini berbeza dengan couple, kerana couple memerlukan komitmen diantara kedua-dua belah pihak yang menjalani hubungan tersebut. pada aku casual dan couple adalah dua benda yang sama tetapi cuba dibezakan atas kehendak pemikiran manusia yang cuba menolak fitrah hidup manusia itu sendiri. didalam casual relationship terdapat casual partner. casual partner ini lebih dikenali sebagai "kekasih gelap" @ "TTM=teman tapi mesra" dikalangan masyarakat melayu khususnya. istilah ini muncul hasil daripada karya artis-artis tempatan atau serantau yang memuja-muja casual relationship ini.
bagi aku casual relationship ini lebih teruk dari couple. kerana orang yang bercouple juga boleh terlibat didalam casual relationship ini. dan yang paling teruk lagi bila ada pasangan yang sudah sah berkahwin dan mempunyai anak yang berusia 20an pun turut terlibat dengan casual relationship ini. sebagai manusia aku sedih kerana manusia yang dikurniakan Allah dengan akal dan fikiran untuk berfikir akhirnya tunduk dengan kehendak nafsu yang berakalkan binatang. walaupun aku menganggap casual relationship itu lebih teruk dari couple, tetapi jangan anggap bahawa aku setuju dengan couple. hakikatnya kedua-dua benda itu tersusun rapi dan sudah dipasak kedalam ruang kebenciaan aku. aku sendiri pernah hampir terjebak kedalam lubang hitam itu dan aku bersyukur kerana aku telah diberikan tali oleh Yang Maha Esa untuk panjat dan menujah keluar dari lubang hitam itu.

pada aku kedua-dua filem diatas gagal untuk membuktikan casual relationship itu suatu realiti didalam masyarakat hari ini. kerana pada dasarnya manusia tidak mampu untuk menafikan naluri hidup setiap insan yang memerlukan antara satu sama lain. hubungan intim yang tidak melibatkan komitmen adalah suatu fantasi atau hikayat pembohongan yang kononnya golongan manusia berintelektual mampu untuk mengawal perasaannya sendiri. akhirnya kedua-dua filem diatas membuktikan bahawa manusia tetap manusia.

sekian
choretan manushia

p/s : filem no string attached banyak mengandungi babak yang boleh dikategorikan lucah dan tidak sesuai untuk penonton yang tidak suka dengan babak-babak lucah. selamat tidak menonton untuk semua

Sunday, February 6, 2011