Thursday, December 30, 2010

Slot Cinta Muhammad #1


video diatas ini ialah sedutan dari sebuah rancangan televisyen di negara timur tengah. tetapi aku tidak pasti dinegara mana. rancangan ini bertajuk Law Kana Baynana bermaksud if the prophet muhammad S.A.W were among us. rancangan ini menggunakan konsep tv realiti dimana pengacara dalam rancangan tersebut cuba untuk mendapatkan maklum balas secara spontan dari audiens. isi kandungan rancangan ini berkisar tentang pemantauan dan pencarian gaya hidup jujungan besar kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W didalam gaya hidup masyarkat Islam setempat. sejak berkurun lamanya umat Islam menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh ikutan ataupun role model dalam kehidupan seharian mereka. melalui rancangan ini penerbit cuba untuk memberi satu sudut pandang tentang sejauh mana masyarakat Islam hari ini menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh ikutan atau role model didalam kehidupan mereka masing-masing. aku percaya rancangan ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan atau meninggikan maruah sesiapa, tetapi sekadar hendak memberi sedikit pendedahan tentang kehidupan seharian masyarakat Islam hari ini. perkara ini turut melibatkan aku sebagai hamba Allah dan pengikut Nabi Muhammad S.A.W. antara sebab utama aku memuat naik video di atas dalam kiriman kali ini adalah kerana babak di minit 7.00 dalam tersebut. babak itu menunjukan seorang gadis remaja yang aku tidak pasti umurnya mampu menitis air mata hanya kerana dia ditanya " andai kata anda berpeluang duduk bersama-sama Nabi Muhammad S.A.W, apakah yang akan bicarakan kepada beliau?". setelah habis soalan ditanya, dia terus sebak dengan serta merta dan dalam keadaan menangis dengan penuh terharu dia menjawab " memang impian seluruh umat Islam untuk duduk bersama-sama Nabi Muhammad S.A.W, tetapi kalaulah dia mendapat peluang itu dia berharap Nabi Muhammad S.A.W agar membawanya pergi dari dunia ini". bagi aku inilah ungkapan seorang umat Islam yang ikhlas merindui utusan Allah iaitu Nabi Muhammad S.A.W. aku sendiri pon belum mampu untuk menjadi seperti dia. terasa diri ini kerdil disamping orang-orang yang ikhlas dan mampu cintakan Nabi Muhammad S.A.W. aku merasakan masih banyak yang perlu aku lakukan untuk mencintai Nabi Muhammad S.A.W. mungkin ramai yang mampu mengungkapkan cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W tetapi berapa ramai yang mampu menghadiah sebuah cinta yang suci kepada Nabi Muhammad S.A.W. sampai ke saat ini aku masih berusaha untuk mencintai Nabi Muhammad S.A.W walaupun telah lama aku hafal rukun iman yang kedua iaitu percaya kepada nabi dan rasul didalam sudut hatiku. namun aku masih gagal untuk mencintai Nabi Muhammad S.A.W seikhlas yang mungkin. aku harap disuatu hari nanti aku mampu untuk menitiskan air kerana merindui seorang kekasih yang bernama Nabi Muhammad S.A.W. Insyallah

2 comments:

Penulis said...
This comment has been removed by the author.
choretan manushia said...

insyaAllah..marilah kita sama2 pupukkan rasa sayang kita terhadap Rasulullah SAW..kemudian kita sebarkan rasa sayang itu kpd kawan2 kita yang terdekat..amin..:D