Monday, December 27, 2010

Menang Anugerah??


terima kasih pada kekasih hati abd ghafur b suib iaitu CIK KODAH kerana tagged aku

1. Ucapan anda

tiada ucapan yang hendak aku ucapkan kerana aku memang tidak memahami langsung situasi ini. sekadar memenuhi kehendak seorang rakan aku iaitu cik kodah (saya dah banyak promote awak.nanti suruh gafur belanja saya makan). aku sekadar menulis blog hanya untuk menyatakan hasrat dan pendapat aku. aku tidak pernah peduli tentang follower/pengikut. jadi aku hanya mengikut apa yang cik kodah telah lakukan di blog dia sendiri. mungkin ada yang terkilan dengan jawapan yang aku berikan. aku mohon ampun dan maaf. aku sekadar berkongsi sedikit ilmu yang cetek. aku masih belajar. sekian

2. Berikan 4 ciri girl/boy idaman untuk dijadikan husband/wife

aku hanya manusia biasa yang sentiasa melakukan kesalahan. aku tidak mampu meminta lebih dari yang sepatutnya cukuplah sekadar wanita yang hidupnya berpaksikan kehidupan Islam yang sejati. kerana aku percaya jika aku memilih seorang wanita untuk dijadikan isteri dengan menggunakan kaca mata Islam, insyallah. Allah S.W.T akan melindungi aku dengan rahmat dan kasih sayang Nya. Ini janji Allah S.W.T kepada semua umat Islam dan aku hanya memegang janji Allah S.W.T

3. Berikan satu tips untuk kekalkan relationship korang dengan partner korang

bagi aku hidup berlandaskan syariat Islam merupakan tips untuk kekalkan perhubungan didalam perkahwinan. kerana hidup berlandaskan syariat Islam meliputi seluruh aspek kehidupan termasuklah didalam perkahwinan . pokok pangkalnya mestilah dimulakan perhubungan itu dengan ikatan yang sah menurut syariat Islam. aku tidak berminat untuk berbicara tentang relationship/hubungan yang tiada ikatan sah. bagi aku perhubungan tanpa ikatan yang sah adalah ibarat hubungan tanpa restu Allah S.W.T. bagaimana kita hendak mengekalkan hubungan yang tidak direstui oleh Maha Pencipta. mana mungkin kita mampu hidup bahagia bila kita membelakangi Maha Pencipta.

4. Pernah anda jumpa doa pendekat jodoh dan putus cinta?

aku agak kurang percaya dengan doa-doa tertentu yang kononnya mampu buat sesorang jatuh cinta atau putus cinta. aku memilih untuk berdoa yang biasa didoakan oleh semua umat Islam ketika lepas bersolat. kerana solat itu sendiri sudah dikira berdoa. Allah S.W.T itu Maha Mengetahui. walaupun kita tidak berdoa dengan doa-doa tertentu. Dia pasti mengetahui niat didalam hati kita ketika berdoa kerana Dialah pemilik hati-hati manusia.

5. Letakkan 10 link pilihan anda and tell them they have won this award

- cik kodah
- faeza yahaya
- afnan zulkefli
- syafiq joe
- alif syafiq
- akma latif
- azhar tahrel


5 comments:

Penulis said...

ape ni munzir?
aku no 2 tu...hebat kot...hehe:)
terima kasih wahai kwn blogku :D

Afnan Zulkefli said...

wow mun.

relationship, bg aku skrng aku da kurang da terima sbb aku pun da kena jgk kan. for me friendship is batter then make a relationship because from relationship can make we us fall to maksiat. Nauzubillah.

thanks mun, aku menang award.

may force be with you.

aku da jadi jedi da skrng. hehehe

choretan manushia said...

faeza : sama2..rakan blogku..haha..ak letak ko nombor 2 sbb nombor 1 aku letak org yg tagged ak..nanti xletak dia marah plak..haha

nan : nan ko da bleh lepak ngan master yoda nanti..dia nk ajar force baru..ye la nan..relationship before marriage is not a nice thing to do..because sometimes there is curtain people that go beyond that relationship and make horrible thing. better we keep it as a friendship until married than we start the relationship

Afnan Zulkefli said...

u right my friend. Kt sekarang hanya mampu berdoa, harapan aku dijauhi maksiat lah. :D

Master Yoda tu aku yg ajar sebenarnya. hehehe. aku lagi master dari dia. Tp kat aku ada dark force lah. hahaha. aku boleh join sith sebenarnya. :D

da mengarut.!

Adah said...

err..kenape adah dpt balik?haha..thanks anyway mun!

keep ur princip rite..its good though!=)