Thursday, December 30, 2010

Nasyid Nostalgia


tahun 1997


tahun 1998


tahun 2001

Slot Cinta Muhammad #1


video diatas ini ialah sedutan dari sebuah rancangan televisyen di negara timur tengah. tetapi aku tidak pasti dinegara mana. rancangan ini bertajuk Law Kana Baynana bermaksud if the prophet muhammad S.A.W were among us. rancangan ini menggunakan konsep tv realiti dimana pengacara dalam rancangan tersebut cuba untuk mendapatkan maklum balas secara spontan dari audiens. isi kandungan rancangan ini berkisar tentang pemantauan dan pencarian gaya hidup jujungan besar kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W didalam gaya hidup masyarkat Islam setempat. sejak berkurun lamanya umat Islam menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh ikutan ataupun role model dalam kehidupan seharian mereka. melalui rancangan ini penerbit cuba untuk memberi satu sudut pandang tentang sejauh mana masyarakat Islam hari ini menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh ikutan atau role model didalam kehidupan mereka masing-masing. aku percaya rancangan ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan atau meninggikan maruah sesiapa, tetapi sekadar hendak memberi sedikit pendedahan tentang kehidupan seharian masyarakat Islam hari ini. perkara ini turut melibatkan aku sebagai hamba Allah dan pengikut Nabi Muhammad S.A.W. antara sebab utama aku memuat naik video di atas dalam kiriman kali ini adalah kerana babak di minit 7.00 dalam tersebut. babak itu menunjukan seorang gadis remaja yang aku tidak pasti umurnya mampu menitis air mata hanya kerana dia ditanya " andai kata anda berpeluang duduk bersama-sama Nabi Muhammad S.A.W, apakah yang akan bicarakan kepada beliau?". setelah habis soalan ditanya, dia terus sebak dengan serta merta dan dalam keadaan menangis dengan penuh terharu dia menjawab " memang impian seluruh umat Islam untuk duduk bersama-sama Nabi Muhammad S.A.W, tetapi kalaulah dia mendapat peluang itu dia berharap Nabi Muhammad S.A.W agar membawanya pergi dari dunia ini". bagi aku inilah ungkapan seorang umat Islam yang ikhlas merindui utusan Allah iaitu Nabi Muhammad S.A.W. aku sendiri pon belum mampu untuk menjadi seperti dia. terasa diri ini kerdil disamping orang-orang yang ikhlas dan mampu cintakan Nabi Muhammad S.A.W. aku merasakan masih banyak yang perlu aku lakukan untuk mencintai Nabi Muhammad S.A.W. mungkin ramai yang mampu mengungkapkan cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W tetapi berapa ramai yang mampu menghadiah sebuah cinta yang suci kepada Nabi Muhammad S.A.W. sampai ke saat ini aku masih berusaha untuk mencintai Nabi Muhammad S.A.W walaupun telah lama aku hafal rukun iman yang kedua iaitu percaya kepada nabi dan rasul didalam sudut hatiku. namun aku masih gagal untuk mencintai Nabi Muhammad S.A.W seikhlas yang mungkin. aku harap disuatu hari nanti aku mampu untuk menitiskan air kerana merindui seorang kekasih yang bernama Nabi Muhammad S.A.W. Insyallah

Monday, December 27, 2010

Menang Anugerah??


terima kasih pada kekasih hati abd ghafur b suib iaitu CIK KODAH kerana tagged aku

1. Ucapan anda

tiada ucapan yang hendak aku ucapkan kerana aku memang tidak memahami langsung situasi ini. sekadar memenuhi kehendak seorang rakan aku iaitu cik kodah (saya dah banyak promote awak.nanti suruh gafur belanja saya makan). aku sekadar menulis blog hanya untuk menyatakan hasrat dan pendapat aku. aku tidak pernah peduli tentang follower/pengikut. jadi aku hanya mengikut apa yang cik kodah telah lakukan di blog dia sendiri. mungkin ada yang terkilan dengan jawapan yang aku berikan. aku mohon ampun dan maaf. aku sekadar berkongsi sedikit ilmu yang cetek. aku masih belajar. sekian

2. Berikan 4 ciri girl/boy idaman untuk dijadikan husband/wife

aku hanya manusia biasa yang sentiasa melakukan kesalahan. aku tidak mampu meminta lebih dari yang sepatutnya cukuplah sekadar wanita yang hidupnya berpaksikan kehidupan Islam yang sejati. kerana aku percaya jika aku memilih seorang wanita untuk dijadikan isteri dengan menggunakan kaca mata Islam, insyallah. Allah S.W.T akan melindungi aku dengan rahmat dan kasih sayang Nya. Ini janji Allah S.W.T kepada semua umat Islam dan aku hanya memegang janji Allah S.W.T

3. Berikan satu tips untuk kekalkan relationship korang dengan partner korang

bagi aku hidup berlandaskan syariat Islam merupakan tips untuk kekalkan perhubungan didalam perkahwinan. kerana hidup berlandaskan syariat Islam meliputi seluruh aspek kehidupan termasuklah didalam perkahwinan . pokok pangkalnya mestilah dimulakan perhubungan itu dengan ikatan yang sah menurut syariat Islam. aku tidak berminat untuk berbicara tentang relationship/hubungan yang tiada ikatan sah. bagi aku perhubungan tanpa ikatan yang sah adalah ibarat hubungan tanpa restu Allah S.W.T. bagaimana kita hendak mengekalkan hubungan yang tidak direstui oleh Maha Pencipta. mana mungkin kita mampu hidup bahagia bila kita membelakangi Maha Pencipta.

4. Pernah anda jumpa doa pendekat jodoh dan putus cinta?

aku agak kurang percaya dengan doa-doa tertentu yang kononnya mampu buat sesorang jatuh cinta atau putus cinta. aku memilih untuk berdoa yang biasa didoakan oleh semua umat Islam ketika lepas bersolat. kerana solat itu sendiri sudah dikira berdoa. Allah S.W.T itu Maha Mengetahui. walaupun kita tidak berdoa dengan doa-doa tertentu. Dia pasti mengetahui niat didalam hati kita ketika berdoa kerana Dialah pemilik hati-hati manusia.

5. Letakkan 10 link pilihan anda and tell them they have won this award

- cik kodah
- faeza yahaya
- afnan zulkefli
- syafiq joe
- alif syafiq
- akma latif
- azhar tahrel


Sunday, December 26, 2010

Musim Kahwin #1

pada tahun ini ramai kawan-kawan dan saudara mara aku yang telah pun mendirikan rumah tangga. tahniah untuk semua. semoga berbahagi hingga ke akhir hayat. jalanilah kehidupan berumah tangga dengan sebaik-baiknya. perkahwinan bukanlah pengakhiran kepada sebuah kisah tetapi permulaan sebuah kisah kehidupan yang penuh kasih dan sayang.

sepupu | mysarah dan hadi | 20 november 2010


kawan | hamizan dan isteri | 5 disember 2010


kawan | munib dan isteri | 18 disember 2010


kawan | hayati dan suami | 26 disember 2010


Wednesday, December 22, 2010

Kisah Kawan Lama

kisah ini bermula di sebuah kedai nasi kandar terkenal di SA.ketika itu aku sedang minum tengah malam bersama teman serumah aku dan bekas teman sekelas aku dan kawan teman serumah aku(dia tinggal di S).setelah menghabiskan beberapa gelas minuman yang sejuk dan panas, dengan tidak semena-mena pekerja restoran tersebut datang ke arah kami dan berkata ;

pekerja restoran : bang,saya nk sapu kt bawah nie
MA : boleh..silakan..jangan lupa sapu yang nie sekali ( menuding jari kearah bekas teman sekelas)..~dalam hati (sampah macam nie tolong sapu sekali)
ZN : hanya tersenyum dan beritahu kepada pekerja tersebut..'bang,yang nie sekali ya!' (sambil menuding jari kearah aku)
MA & ZN : ketawa terbahak-bahak
pekerja restoran : %#^%#^%# (binggung)

sekian
choretan manushia

a night in arab

Friday, December 10, 2010

Memanusiakan Manusia

keratan akhbar mingguan malaysia bertarikh 5 disember 2010.

mungkin ramai yang tidak senang dengan artikel-artikel di dalam akhbar ini. bagi sesetengah orang akhbar ini merupakan akhbar pihak kerajaan yang menyuarakan mesej-mesej politik kerajaan yang memerintah dan menghentam pihak pembangkang. aku tidak berminat untuk mengulas lanjut tentang perbalahan yang tidak akan berkesudahan ini. pada aku akhbar ini sudah lama wujud, sejak zaman pra-merdeka lagi. ketika di zaman pra-merdeka akhbar utusan merupakan antara media cetak yang telah memberi mencetuskan semangat nasionalisme dikalangan masyarakat di tanah melayu terutamanya orang melayu sendiri. arktikel-artikel di dalam akhbar ini suatu ketika dahulu telah meniup semangat perjuangan di kalangan masyarakat melayu ketika zaman pemerintahan british untuk menuntut kemerdekaan


Wednesday, December 8, 2010

Hanya Untuk Bermimpi

aku cuba untuk menghabiskan trilogi ini. garapan andrea hirata ternyata mengagumkan




antara filem yang terbaik bagi aku untuk tahun 2010

antara filem yang terbaik bagi aku untuk tahun 2010

Sentuhan Islamik Yang Dinamik

part 1 sudah selesai dibaca..part 2 bakal menyusul..indah sungguh novel hasil garapan ustaz habiburrahman el-shirazy..sebuah novel yang menyuruti hidup seorang insan yang bergelar hamba Allah..hamba Allah yang miskin harta dunia tetapi kaya dengan harta akhirat..harta akhirat yang sukar untuk dimiliki oleh setiap insan..aku sangat bersyukur kerana berpeluang untuk menitip hasil karya yang hebat ini..ia sarat dengan mesej-mesej ketauhidan kepada Allah..ia bukan novel cinta picisan yang berbicara tentang cinta sesama manusia..ia sebuah novel yang berbicara tentang cinta kepada pencipta yang satu iaitu Allah..titip-titip kata didalam novel ini sering menyedarkan manusia tentang kurang nya kita untuk menyintai Allah

KETIKA CINTA BERTASBIH


KETIKA CINTA BERTASBIH 2



DRAMA NUR KASIH



Wednesday, December 1, 2010


Talib al Habib - Light of Dawn (Allah hu Allah)

Talaal Badru Alayna



Mishary Rashid - Tala'al Badru Alayna




Native Deen - Talaal Badru Alayna

Soothing moments


The Rocker - Tomorrow Never Comes



Ronan Keating - If Tomorrow Never Comes