Friday, December 10, 2010

Memanusiakan Manusia

keratan akhbar mingguan malaysia bertarikh 5 disember 2010.

mungkin ramai yang tidak senang dengan artikel-artikel di dalam akhbar ini. bagi sesetengah orang akhbar ini merupakan akhbar pihak kerajaan yang menyuarakan mesej-mesej politik kerajaan yang memerintah dan menghentam pihak pembangkang. aku tidak berminat untuk mengulas lanjut tentang perbalahan yang tidak akan berkesudahan ini. pada aku akhbar ini sudah lama wujud, sejak zaman pra-merdeka lagi. ketika di zaman pra-merdeka akhbar utusan merupakan antara media cetak yang telah memberi mencetuskan semangat nasionalisme dikalangan masyarakat di tanah melayu terutamanya orang melayu sendiri. arktikel-artikel di dalam akhbar ini suatu ketika dahulu telah meniup semangat perjuangan di kalangan masyarakat melayu ketika zaman pemerintahan british untuk menuntut kemerdekaan


2 comments:

Syafiq Joe said...

kene masuk international school yaw~!!

choretan manushia said...

international school pon takdak education mcm nie..hahaha