Sunday, June 5, 2011

Sarjana Bidang Bukan Krtitikal


Aku adalah seorang pelajar dalam sarjana muda bidang bukan kritikal. Bidang bukan kritikal yang aku maksudkan ialah bidang yang tiada harapan untuk menjawat jawatan didalam sektor awam. Pelajar dalam bidang-bidang bukan kritikal ini selalunya tidak diberikan insentif yang berbentuk wang ringgit ketika dalam tempoh pengajian. Ramai yang memandang enteng pelajar-pelajar dalam bidang ini, kononnya graduan dari bidang ini adalah golongan yang tidak mempunyai masa depan dan sukar untuk memperolehi pekerjaan. Mungkin masyarakat secara umumnya menilai mereka ini dari segi kekurangan harta material yang dimiliki oleh graduan-graduan dalam bidang ini. Itu hak masyarakat untuk menilai sesuatu itu atas neraca timbangan material andai itu pilihan mereka. Aku tidak pernah menyesal memilih jurusan ini sebagai pilihan untuk jurusan sarjana muda aku. Malah aku bersyukur kerana memilih bidang ini sebagai jurusan pilihan aku. Banyak yang aku ketemui ketika belajar dalam bidang ini dan penemuan aku yang paling penting ialah pertemuan aku dengan sang pencipta iaitu Allah S.W.T.

Mungkin agak janggal kalau hendak diperkatakan tentang kaitan bidang yang aku belajar ini dengan konsep teologi atau ketuhanan. Tapi yang pasti aku sudah ketemui sang pencipta ketika aku belajar didalam bidang ini. Mungkin ini sudah ditakdir dalam ketentuan hidup aku untuk bertemuNya didalam suatu ruang yang mungkin pada pendapat umum ianya sebuah ruang yang tidak terdapat nilai-nilai ketuhanan didalamnya.Tetapi pendapat itu ternyata meleset kerana aku sendiri telah pun menemui sang pencipta iaitu Allah S.W.T yang telah mencipta dan menghidupkan aku. Aku bersyukur kerana telah dipertemukan denganNya. Mungkin ramai yang bersyukur dapat belajar dan bekerja didalam bidang-bidang yang kritikal seperti perubatan,perakaunan kejuruteraan dan lain-lain lagi. Dan mereka sudahpun memperolehi pulangannya dengan memiliki kereta,rumah,wang dan mungkin sebuah keluaga.

Mungkin aku agak sukar untuk memperoleh semua ini ketika sudah bekerja nanti, tetapi aku akan tetap berusaha untuk memperolehinya sekadar yang telah ditetapkan oleh qada' dan qadar. Aku mungkin tidak akan dapat sebuah kehidupan yang mewah dan kaya. Aku berharap agar dapat terus hidup dengan mensyukuri nikmat yang telah dikurniakanNya. Bagi aku hidup dengan keredhaanNya merupakan sebuah kehidupan yang amat bermakna sekali. Jesteru aku tidak akan rasa kesal kerana aku memilih untuk menjadi seorang graduan bidang bukan kritkal. Sekian

Sarjana Bidang Bukan Kritikal
Choretan Manushia

6 comments:

Unknown said...

kritikal atau pon x, same je sume... dulu org kate bidang yg aku amik nie xde mase depan.. paper yg xlaku. skrg, dpt gak keje. gaji belom la 5 angka tp Alhamdulillah, bole idup d kotarayaku, hehe..

choretan manushia said...

ank baguih syapiq..aku nie xbrapa nk baguih..harap2 nanti bleh la aku jd cm ank..hidup kt kotaraya..duduk kt bukit melawati(tmpt idaman smua)..hahaha

Penulis said...
This comment has been removed by the author.
choretan manushia said...

time da nak dkat assessment mmg lg kritikal..haha..faeza..kos2 kritkal yg ak maksudkan ialah kos2 yg amat diperlukan negara cth mcm doktor,jurutera,akauntan dll..diorang nie lah yg akan membantu kerajaan dalam membangunkan malaysia..bagi aku mmg Allah dah aturkan yang secantiknya utk ak..cuma kadang2 tuh ak terasa diri ak nie kerdil jika nk dibandingkan dgn mrk yg sudah berjaya diluar sana..tp walau cmna pon ak ttp akan berusaha sampai keakhirnya..haha..insyallah ak xkan lupa kt ko..kawan poli + uitm + blog..semoga kita sama2 berjaya diakhir nanti..:D

Penulis said...
This comment has been removed by the author.
choretan manushia said...

aa..tuh lah maksud ak..kekeke..marilah kita menuju keyajaan..insyaAllah..:D