Tuesday, October 4, 2011

The Tension Of Opposites


Surah Al-Baqarah Ayat 216

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”


Petikan daripada novel Mitch Albom "Tuesday With Morries"

"Life is a series of pulls back and forth. You want to do one thing, but you are bound to do something else. Something hurts you, yet you know it shouldn't. You take certain things for granted, even when you know you should never take anything for granted.

Tajuk artikel ini berbeza daripada artikel-arikel yang aku pernah tulis sebelum ini kerana ianya ditulis dalam bahasa inggeris. walaupun medium penulisan yang aku selalu gunakan ialah bahasa melayu. namun ianya tidak menjadi suatu isu yang akan menjejaskan pemahaman tentang artikel ini. beberapa bulan yang lalu aku telah menonoton sebuah filem yang dihasilkan daripada novel Mitch Albom iaitu "tuesday with morries". sebenarnya aku pernah terbaca sebuah artikel disebuah laman blog yang aku sudah lupa alamatnya menyebut tentang novel tersebut. namun beberapa bulan yang lalu, aku telah menjumpai filem tersebut yang digarap berdasarkan novel tersebut. dengan pantasnya aku segera mencari pautan laman muat turun untuk filem itu. setelah selesai memuat turun aku pun menonton filem tersebut. setelah itu aku dapat rasakan yang aku perlu dapatkan pula novel tersebut mendapat huraian yang lebih terperinci untuk setiap plot dalam filem tersebut. kebetulan pada bulan oktober yang lalu rakan serumah telah menghadiahkan aku novel tersebut kerana dia tahu bahawa novel itu telah lama dicari oleh aku. terima kasih untuk usaha rakan serumah itu.

Apa yang aku cuba untuk huraikan disini bukanlah berkenan ulasan movie tersebut tetapi lebih kepada beberapa isu atau intipati yang cuba disampaikan oleh penulis novel berkenaan iaitu Mitch Albom. kisah ini ditulis berdasarkan pengalaman Mitch Albom tentang kehidupan dia sendiri. antara isu yang menarik perhatian aku ialah "tension of opposite". apa yang aku faham tentang frasa ini ialah sesuatu yang kita mahu tidak semesti menjadi sesuatu yang kita akan dapat. kemudian situasi ini telah mengingatkan aku tentang sebuah petikan ayat Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang telah aku titipkan diatas. secara tersuratnya Allah sentiasa menyatakan bahawa Dia Yang Maha Mengetahui segalanya namun secara tersiratnya ialah Allah ingin hamba-hambaNya sentiasa redha segala ketentuanNya

Setelah kurang lebih 20 tahun kehidupan aku, aku mula memahami situasi diatas iaitu dalam lingkungan kehidupan ini tidak mungkin kita mampu untuk memiliki semua yang mampu untuk kita fikirkan. oleh kerana itu kita perlu sentiasa ingat bahawa kehidupan ini terlalu singkat untuk kita merintih kerana sesuatu yang mungkin kita tidak akan pernah dapat. nikmatilah dan hiduplah dengan kehidupan yang sebaik-baiknya kerana inilah peluang keemasan pemberian tuhan pencipta sekalian alam iaitu Allah S.W.T. sebaik-baik jalan kehidupan itu ialah jalan kehidupan yang disyariatkan oleh Allah dan telah disampaikan oleh junjungan besar kita iaitu Rasulullah S.A.W. jika sebelum ini aku masih lagi tercari-cari solusi untuk situasi ini, namun kini aku bersyukur kerana telah menemuinya sebelum aku menghembuskan nyawa sebagai seorang manusia.


nukilan

choretan manushia

No comments: