Tuesday, November 30, 2010

Lamborghini Reventon


hampir semua manusia berakal akan mempunyai impian dan impian aku ialah memiliki sebuah supercar buatan Italy(seperti gambar diatas). ia merupakan suatu impian yang hampir mustahil untuk di realisasikan berdasarkan keadaan ekonomi aku sekarang. tapi apa salahnya untuk mempunyai impian sebegini kerana tak perlu keluar satu sen pon untuk menanam impian seperti ini. jikalau aku ingin merealisasikan impian ini aku perlu berkerja seumur hidup mendapatkannya. mana mungkin seseorang yang belajar dalam bukan aliran perdana seperti aku mampu untuk memiliki supercar seperti ini. tetapi persoalannya disini aku bukan mahu berbicara tentang kemampuan aku untuk melaksanakan impian aku tetapi aku ingin berbicara tentang kemampuan untuk mempunyai impian sendiri. rata-rata masyarkat hari ini takut untuk mempunyai impian yang jarang-jarang orang dengar. contohnya impian untuk menjadi angkasawan pertama negara, impian untuk menjadi seorang wartawan kehidupan liar yang mengembara ke dasar laut timur timor ataupon impian untuk menjadi tukang masak yang mempromosikan masakan masyarakat orang asli di ulu tembeling. masyarakat takut untuk menanam sedikit impian, bagi mereka cukuplah sekadar mempunyai impian yang mereka akan ke menara gading kemudian keluar dan mendapat kerja yang bagus. mereka takut untuk pergi lebih dari itu. mereka takut hilang punca rezeki yang semuanya berpaksikan kepada kertas-kertas bercetak gambar yang di-pertuan agung yang pertama atau lebih dikenali sebagai DUIT



Terrified By Story of The Year

Katharine McPhee - Terrified ft. Zachary Levi